Habis sudah derita mu Sayang 6Gambar

Klebang Besar : Habis sudah derita mu Sayang 6Gambar Suami terlibat kemalangan pada 26 November 2017, hanya sekali dia mendengar suaminya bersuara, bertanyakan anak lelakinya Syed Muhammad Eijaz yang kini berusia 2 tahun.
Kebahagian kami diragut sekelip mata, dia yang dulunya seorang yang periang dan suka menyakat, kini terlantar kaku.

“Malah, anak tidak puas untuk bermanja dengannya,” luah isteri kepada seorang mangsa langgar lari, Azwanee Azhar, 28.

Azwanee berkata, suaminya, Syed Azman Syed Ahmad Badari, 32, kini bukan saja terpaksa menanggung derita akibat sikap tidak bertanggungjawab individu lain, malah turut tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Walaupun dia dan suami diuji, namun bersyukur kerana mempunyai keluarga termasuk mentua yang banyak membantu kehidupan hariannya.

“Selain menguruskan suami, saya menumpukan perhatian kepada anak, Syed Muhammad Eijaz Syed Azman berusia dua tahun.

“Namun begitu, tidak semua orang di sekeliling faham situasi diri ini dan disebabkan kerap mengambil cuti untuk menjaga suami, saya kerap diperli rakan sekerja,” katanya yang bekerja di kilang di Batu Berendam.

Menurutnya, pada awalnya agak sedih kerana suami gagal memperoleh pencen ilat berikutan tempoh caruman tidak matang, namun dia bersyukur kerana banyak pihak tampil membantu termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Katanya, kehidupannya berubah 100 peratus selepas suaminya dipercayai menjadi mangsa langgar lari membabitkan kenderaan tidak dikenal pasti dalam kejadian kemalangan pada 26 November tahun lalu di Taman Mayfair, Klebang, Melaka.

“Akibat kemalangan itu, suami saya mengalami pendarahan di kepala sehingga tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan dan selepas itu dia koma kira-kira dua minggu.

Syed Azman meningg4l dunia di Hospital Melaka selepas empat hari dibawa pasukan perubatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan rawatan.

Azwanee berkata, keadaan suaminya semakin teruk apabila belakang dan punggung melecet sehingga terpaksa menghantarnya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Empat hari sahaja arwah mendapatkan rawatan di hospital sebelum dia meninggal dunia pada jam 1.21 petang Jumaat lalu,” kata Azwanee, ditemui di rumah ibu mentuanya, di Taman Mayfair, Klebang Besar di sini.Al fatihah.