Erid pergi jua dibelas4h tanpa belas 6Gambar

Batu Pahat : Erid pergi jua dibelas4h tanpa belas 6Gambar Seorang lelaki maut dipercayai dipukul sekumpulan suspek yang turut melibatkan pasangan suami isteri dalam kejadian di daerah ini, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian antara 9 hingga 10 malam itu, mangsa pada mulanya cedera parah dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital.

Laporan awal mengatakan mangsa dituduh bercinta dengan isteri orang namun tiada bukti yang jelas yang mengaitkan mangsa dengan tuduhan tersebut.

Mangsa, Muhammad Mudrikah Lizan, 26, pada awalnya mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Setelah bertarung nyawa lebih kurang 19jam di Hospital Erid disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang keesokan harinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, hasil siasatan awal, mangsa dipercayai telah dilarikan dan dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas seorang suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

“Berdasarkan maklumat dan risikan, tangkapan pertama telah dilakukan ke atas dua wanita berumur 36 dan 38 tahun pada kelmarin dan mereka kini direman sehingga Rabu ini.

“Hasil soal siasat yang dijalankan mendedahkan penglibatan sekumpulan lelaki yang melarikan mangsa dari sebuah pusat hiburan di Batu Pahat dan membawa serta memukul mangsa di satu tempat di Senggarang,” katanya dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Susulan itu, Azhan berkata, polis menahan lapan lagi suspek berusia 24 hingga 38 tahun termasuk seorang wanita di Tangkak dan sekitar daerah ini semalam.

“Penahanan kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan,” ujarnya.

Apa yang berlaku mengudang pilu insan-insan yang mengenali Mudrikah atau lebih mesra dengan panggilan Erid, mengikut rakan-rakan mangsa Erid seorang insan yang sangat baik tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut dia mungkin mangsa keadaan.

Foto-foto suspek mula viral dilaman sosialnya disebarkan oleh sahabat-sahabat Erid yang amat marah dengan apa yang dilakukan suspek terhadap rakan mereka, 5 orang membelasah 1 orang tanpa belas.

Kes ini telah menjadi kes bunuh pihak keluarga nya dan rakan-rakan mengharapkan kematian Erid diadili dengan telus, semoga rohnya tenang disana. Al fatihah.