Doakan Anis Nadzirah 21 tahun anak eksekutif pengeluaran (8Gambar)

Doakan Anis Nadzirah 21 tahun anak eksekutif pengeluaran di Loji Percetakan Utusan Malaysia di Gong Badak cepat sembuh selepas dia parah manakala ibu nya maut motosikal dirempuh kereta.

Dalam kejadian itu seorang ibu maut manakala anaknya cedera apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam nahas di Tok Jembal dekat sini lewat petang semalam.

Wan Husna Wan Ahmad, 53, seorang suri rumah, isteri kepada eksekutif pengeluaran di Loji Percetakan Utusan Malaysia di Gong Badak, Wan Yunus Wan Abdullah meninggal ditempat akibat kecederaan parah di kepala.

Anak perempuannya, Anis yang patah di bahagian paha dikejar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan pulang setelah bertandang di rumah rakan akrab apabila kereta yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun keluar dari simpang lalu merempuh mereka. Al fatihah Credit UTUSAN ONLINE