Doa buat Ustaz Yaakob Yusra 8Gambar

Ipoh : Doa buat Ustaz Yaakob Yusra 8Gambar Beberapa bulan lepas kita dikejutkan dengan berita kemalangan Pendakwah Bebas, Almarhum Ustaz Murtadha dan Ustaz Wadi Anuar.

Dalam kemalangan tersebut, Ustaz Murtadha telah dijemput oleh Allah ke negeri kekal abadi setelah beberapa minggu bertarung nyawa di hospital.

Pagi semalam , sekitar pukul 6.58 pagi, adik almarhum Ustaz Murtadha, Ustaz Muhammad Yaakob Yusra pula diuji dengan kemalangan.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Ipoh itu kereta yang dinaiki Muhammad Yaakob Yusra dan rakan nya Ustaz Khadir telah bertembung dengan lori.

Keadaan beliau agak kritikal, patah kaki, patah siku dan kecederaan di kepala yang agak parah dan kini di rawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Info terkini, beliau sedang berada di bilik x-ray kerana luka dikepalanya sangat parah.

Mohon bersama kita berdoa kepada Tuhan, di hari Jumaat yang penuh barakah ini agar beliau selamat, sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Di sini info tentang kemalangan yang menimpa Muhammad Yaakob Yusra dan Ustaz Khadir.

INFO TERKINI 13:41 pm
KEADAAN USTAZ YAAKOB YUSRA.

Ustaz akan di tolak masuk ke wad extray sebab kecedarahan dibahagian kepala ustaz kecederan yang parah.

Waris baru sampai. Dan sign untuk doktor buat pembedahan

Ustaz Yaakob minta kita doakan dia.

Ya Allah ! Berilah kekuatan buat ustaz Yaakob – Admin

UPDATE TERKINI 14:48PM

MASIH DI WAD KECEMASAN SEMENTARA KE PROCESS SETERUSNYA

Baru selesai ziarah ustaz Yaakub Yusra, alhamdulilah ustaz sedar cuma dia tak dapat bergerak kerana kaki patah, siku patah, kecedarahan teruk dibahagian dahi Sehingga menampakkan lapisan tempurung dan retak rusuk kiri.

Ustaz tak sedar masa kejadian berlaku. Dia sedar sudah ada dalam ambulance dan terasa sakit yang teramat sangat.

Ustaz minta untuk kita doakan dia. Sebab dia rasa sakit sangat. Doakan untuk dia kuat ya.

Allah uji tanda Allah sayang -Admin

UPDATE TERKINI KEADAAN USTAZ YAAKOB.

Ustaz sekarang masih berada dalam dewan pemedahan. Kepala ustaz mengalami luka yang agak besar doktor buat keputusan untuk bedah dan jahit luka di kepala ustaz.

Pemedahan ini mungkin mengambil masa dalam 4-5 jam.

Mohon sangat² ya Doa buat ustaz Yaakob moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan pada ustaz.

Ya Allah yang maha penyembuh, kau sembuhlah segala penyakit yang ustaz alamai ketika ini.
Amin Ya rab !

UPDATE TERKINI
22:25PM

KEADAAN SEMASA SELEPAS SELESAI DI BILIK BEDAH

Alhamdulilah, ustaz dalam keadaan baik. Ustaz sudah selesai di Bilik bedah setelah beberapa kecederaan parah dirawat oleh Doktor dan nurse selama 4 jam di sini.

Sekarang ustaz dalam bilik pemantauan Doktor Selepas bedah “Full recovery”. Mesti di pantau kerana kecederaan di bahagian kepala yang agak serious.

Alhamdulilah, terima kasih ya Allah. Terima kasih pada sahabat yang sentiasa mendoakan keadaan ustaz Yaakob Yusra.

Moga Allah sentiasa Berikan kemudahan buat sahabat semua. Allahuma amen.-Admin

Punca sebenar kemalangan kini disiasat oleh pihak berwajib,sama-sama kita doakan agar Muhammad Yaakob Yusra cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.SyafakAllah