Detik Ustaz Radzi rebah bersujud dijemput ilahi 8gambar

Kuala Lumpur : Detik Ustaz Radzi rebah bersujud dijemput ilahi 8gambar Jika sudah ajal sesaat pun tidak dapat dielak kan begitu lah yang berlaku kepada Ustaz Radzi yang merupakan bekas penyanyi rock lagenda bersama kumpulan nya dahulu Melissa.

Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa itu meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.15 malam tadi.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan Melissa.

Beliau tampil di atas pentas sekitar jam 10.30 malam menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.

Memetik kenyataan pengacara program ini, Dj Kzie Ahmad di laman Facebooknya, Allahyarham Radzi hanya berada beberapa saat di atas pentas sebelum rebah dalam keadaan bersujud.

Kronologi pertemuan saya bersama dgn Allahyarham Ustaz Radzi Melissa beberapa jam sebelum Hiburan Santai Seniman di Panggung Aniversari (PA)bermula Saya DJKzie Ahmad menjadi host mlm itu pada 22 Dis 2018.
Saya bersama isteri dan anak2 sampai di PA jam 6.45 ptg ajk pertama saya nampak Ahjoo Aju / Zuraini. Kemudian saya bertemu dgn Zack Koolg sedang kami berbual Arwah Ustaz Radzi lalu melintasi pintu, arwah nampak saya dan saya angkat tangan, ustaz patah balik dtg ke arah saya , kami berjabat dan berpelukan. Lama tak jumpa ustaz hanya di FB je. Ketika itu azan maghrib berkumandang lantas ustaz mengajak kami berjemaah. Saya, anak saya (gmie) , zack kool, ahju, ajk2 seniman berserta 3 orang anak ustaz solat maghrib berjemaah. Solat Maghrib di imamkan oleh Arwah Ustaz Radzi, mmg niat saya nak bersolat bersama dan berimamkan arwah ustaz, kemudian Ustaz meneruskan solat jamak bersama anak2nya. Kami menunggu doa dibacakan ustaz kerana doa orang musafir dimakbul Allah. Selesai solat kami pun beredar utk menjamu selera mkn malam yg disediakan. Selesai makan kami berbual, ustaz masih ingat pada tahun 2011 saya pernah temubual arwah di konti klfm. Arwah ckp masih ada gambar2 kami dlm fbnya.
arwah ada juga berkata sebenarnya arwah tak larat nak berdiri lama kalau boleh dia nak minta kerusi nanti kalau rasa tak larat dan arwah ada berkata dia rasa ralat sbb salah seorang ahlinya Keff Melissa tak dpt turut serta. Kami berpisah sekita sebab saya hendak memulakan tugasan dan ustaz nak ke bilik persalinan. Persembahan dimulakan oleh Salman Al farisi menjemput saya masuk, artis pertama Rocye Sayaan , ke2 Wom UG14, ke3 Keena Mentor dan Melissa persembahan terakhir. Sebelum Melissa bermula saya berceloteh kemudian memperkenalkan ahli kumpulan Melissa. Dan memanggil Ustaz maka ustaz terus mula nynayi. Saya terus kedepan pentas tapi terlindung juga sbb ramai berdiri didepan pentas. Baru beberapa saat jangkaan paling lama 1 min saya nampak mcm duduk tapi diangkat oleh anak2 dan salah seorang crew pentas terus kebelakang pentas. Saya terus berlari kebelakang ustaz dibawa kedlm surau. Dan diberi rawatan kecemasan. Kurang lebih jam 10 lebih sementara menunggu paramedik dan ambulans tiba .. Jam 11.30 saya dibertahu ustaz telh tiada lebih antara jam 11.10 /
11.15…. Ini sahaja yg dpt saya ceritakan saat terakhir saya bersama Allahyarham Ustaz Radzi. Al Fatihah ku hadiahkan buat ustaz. -Dj Kzie Ahmad

Detik Ustaz Radzi rebah bersujud dijemput ilahi 8gambar

“Dia terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan.

“Sementara menunggu bantuan perubatan, beberapa ahli jawatankuasa Seniman termasuk anaknya turut memberikan bantuan.

“Apabila ambulans tiba, rawatan diteruskan namun Allah lebih menyayanginya dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan oksigen,” katanya.

Sementara itu, adik angkat Allahyarham yang dikenali sebagai Babah Lan berkata, Ustaz Radzi tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum menyanyi.

“Allahyarham nampak teruja dan minta kami ‘back up’ dia ketika menyanyi.

“Ustaz Radzi sepatutnya menyanyikan beberapa lagu dengan lagu terakhir ialah lagu popular mereka iaitu ‘Cinta Untuk Nabila’.

“Persembahan tetap diteruskan oleh Ajak dan Faris sebelum penganjur minta mereka menghentikannya,” katanya.

Jenazah Allahyarham yang turut diiringi dua anaknya kini sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an. Al fatihah.