Detik ajal adik firdaus lemas depan mata abang 5gambar

Pasir Putih : Detik ajal adik firdaus lemas depan mata abang 5gambar Maafkan abang adik tidak dapat selamatkan kamu ,“be, be, aku lemas,” itu jeritan akhir remaja, Mohammad Firdaus Ismail, 15, yang sempat dirakam rakannya sebelum lemas di sungai Kampung Tebing Tinggi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mayat mangsa ditemui pihak bomba kira-kira 11 meter daripada lokasi kejadian, selepas lebih dua jam hilang pada jam 9.09 malam.

Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, dipercayai keluar berjoging bersama abangnya, Mohammad Ezri Syam, 17 dan dua rakannya petang semalam sebelum mereka cuba menyeberangi sungai sebagai jalan pintas untuk pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata ketika mereka menyeberang sungai itu, mangsa secara tiba-tiba lemas.

“Dalam rakaman video menunjukkan, mangsa bersama abang dan rakannya turun ke dalam sungai manakala seorang lagi rakan sedang membuat rakaman video.

“Mangsa dan rakannya dipercayai baru saja turun ke sungai sebelum dia menjerit lemas.

“Rakan dan abangnya kemudian menghubungi bomba dan ahli keluarga untuk menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.20 malam sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari mangsa dijalankan menggunakan kaedah carian dasar dan tidak lama kemudian, kita berjaya menemui mangsa pada kedalaman tiga meter,” katanya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam pada ibu abang arwah meluahkan rasa pilu “sebelum ini dia tak pernah minta apa-apa, tapi malam sebelum kejadian, dia minta saya belanja nasi ayam,” kata abang kepada Mohammad Firdaus Ismail, 15, yang lemas dalam kejadian di sungai Kampung Tebing Tinggi, di sini, malam tadi.

Mohammad Zulkifli, 20, tidak menyangka itu adalah kenangan terakhir mereka sekeluarga bersama arwah.

Katanya, mereka sekeluarga sempat menikmati nasi ayam di kedai di Semerak, Pasir Puteh dan adiknya kelihatan sangat gembira.

“Petang semalam Firdaus keluar rumah bersama seorang lagi abangnya, Mohammad Ezri Syam, 17, kira-kira jam 6 petang untuk berjoging.

“Tidak lama kemudian, Ezri pulang dalam keadaan cemas dan memaklumkan adiknya, Firdaus lemas di sungai.

“Saya terus ke sungai dan ketika sampai, rakan mereka yang ada di situ beritahu adik saya baru saja tenggelam.

“Saya terus terjun dan cuba mencari adik namun tidak menemuinya, hampir sejam juga saya mencari,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Anis, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Firdaus adalah anak kesembilan daripada 10 beradik, dan disifatkan sebagai seorang adik yang ceria serta anak yang baik kepada ibunya, Samsiah Sulaiman, 53.

Mohammad Zulkifli berkata, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai memang selalu keluar berjogging bersama abangnya, Ezri dan rakan-rakan.

“Arwah memang suka berjogging dan sering ke kawasan sungai itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Binjai, Semerak.

“Lima tahun lalu, saya pernah menerima anugerah wira kerana pernah menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Melawi,Bachok, tapi hari ini, siapa sangka, adik kandung sendiri meninggal akibat lemas.

“Namun kami sekeluarga reda walaupun masih terkejut dengan kejadian,” katanya yang sedang bercuti lepas menamatkan latihan ketenteraan dan akan mula bertugas di kem tentera di Johor.

Sementara itu, Guru-guru dan Pengetua SMK Sungai Petai, Zulkifli Mohd Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim turut hadir ke bilik mayat bagi menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Dalam kejadian petang semalam, mayat Firdaus ditemui jam 9.09 malam oleh Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.

Mayat mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter iaitu kira-kira 11 meter daripada tebing sungai dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi jam 11 pagi ini. Al fatihah.