Ber4khir sudah der1ta k4nser mu wafa 5gambar

Kuala Lumpur : Ber4khir sudah der1ta k4nser mu wafa 5gambar Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia di kediamannya lebih kurang pukul 1.10 pagi tadi.

Allahyarham mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku.

Pada Sabtu 2 Mac lalu, Allahyarham dibawa dengan ambulan ke Institut Kanser Negara (IKN) dan dikatakan berada di dalam keadaan tenat serta memerlukan penjagaan rapi.

Pada 7 Mac bersamaan hari Khamis, Allahyarham Wafa dibawa pulang ke rumah dari IKN oleh ahli keluarganya.

Allahyarham Wafa meninggal dunia di dalam keadaan tenang di samping suami dan ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Tiap kali saya bersama Kak Long, saya akan buat lawak, saja nak buat dia tersenyum. Kak Long akan gelak melihat dan mendengar keletah saya. Selalu dia kata ‘tak senonohnya budak’ 😁. Saya tidak kisah asalkan Kak Long senyum atau gelak seketika sungguhpun buat beberapa saat. Di depan Kak Long, saya lurutkan airmata saya ke dalam hati, tidak mahu saya biarkan Kak Long lihat tangis saya, tidak mahu saya buatkan Kak Long lihat saya risau dan berhati galau – Ras Adiba Radzi

Sebelum ini media melaporkan dugaan berturut-turut yang menimpa pelakon veteran Malaysia, Wafa Abdul Kadir amat berat sekali. Bagaimanapun, beliau tetap kelihatan ceria.

Pada tahun 2013, beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang lehernya setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas itu, beliau disahkan pula menghidap barah ovari dan kini, disahkan menghidap barah peritoneal, sejenis barah yang jarang berlaku.

Menurut pelakon berusia 52 tahun itu, di laman Facebooknya, penyakit-penyakit yang dihidapinya itu bagaimanapun, mendekatkan dirinya dengan Tuhan, malah tidak pernah berasa kesal akan semua cobaan yang menimpa dirinya.

Astro Awani melaporkan bahawa Wafa tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.

Oleh demikian, beliau kini sekadar makan mengikut saranan doktor dan pakar pemakanan meskipun tiada selera makan.

“Kalau tak dipaksa makanan masuk ke mulut, saya akan jadi lebih lemah. Cuma saya terus amal memakan madu dan habatus sauda dan beberapa makanan yang sesuai untuk saya,” kata Wafa dalam laporan itu lagi.

Semoga rohnya tenang disana dan keluarga nya tabah berakhir lah sudah penderitaan hidupnya. Al fatihah.