Baby Dhiaan anak syurga m4ut dijalan 8Gambar

Yan : Baby Dhiaan anak syurga m4ut dijalan 8Gambar Kereta Honda Stream yang di naiki sikecil ini bersama keluarga hilang kawalan merempuh dua buah kereta lain dalam kemalangan di Simpang Empat Ulu Sedaka, di Yan semalam.

Si kecil Dhiaannasha Mohamad Shaiful berusia baru berusia 11 bulan maut bersama seorang wanita lain yang menaiki Proton Persona manakala empat lagi parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kereta itu.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, dalam kejadian jam 3 petang, mangsa penumpang Honda Stream yang meninggal dunia dikenali, Dhiaannasha Mohamad Shaiful, 11 bulan dan Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri, 24, dari Taman Kenari, Kulim adalah penumpang kereta jenis Proton Persona.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Persona yang dinaiki Nurizzatunhusna bersama ibu bapanya yang datang dari arah Guar Chempedak menghala ke Pulau Bunting dilanggar kereta Honda Stream dari arah Ulu Sedaka yang dipercayai tidak berhenti di persimpangan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Persona itu berpusing manakala kereta Honda Stream terbalik sehingga memasuki laluan yang dilalui oleh kereta lain jenis Volkswagen Vento yang datang dari arah Selengkoh,” katanya dalam satu kenyataan di Yan hari ini.

Shahnaz berkata, Nurizzatunhusna dipercayai tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan penumpang kereta Proton Persona yang juga ibu bapa, Nurizzatunhusna serta pemandu dan seorang penumpang Honda Stream cedera parah manakala pemandu Volkswagen Vento tidak mengalami kecederaan.

“Mayat Nurizzatunhusna dan Dhiaannasha dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, siasatan masih dilakukan sementara menunggu semua mangsa yang cedera stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Permergian sicomel ini mengudang pilu memandang kan dirinya baru berusia 11 bulan begitu juga permergian Izzatul Husna yang mana arwah merupakan anak tunggal,Semoga roh adik Dhiaa dan roh Izzatul Husna tenang disana dan mereka yang cedera segera sembuh. Al fatihah.