Azreen tenat di Institut Kanser Negara..buah pinggang gagal berfungi apa-apa boleh berlaku sekarang -Keluarga (6Gambar)

Pederitaan nya menghidap Kanser serviks tahap akhir pernah disiarkan oleh media-media tempatan, pada awal tahun 90an diri nya amat dikenali merupakan salah seorang artis tanah air yang paling jelita dan berbakat dalam nyayian.

Dia popular menerusi lagu Semalam Yang Berlalu, Azreen Manan dilaporkan kritikal akibat kanser serviks tahap akhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Menurut ahli keluarga terdekat Azreen, mereka menunggu kebenaran doktor untuk membawa penyanyi era 90-an berusia 41 tahun itu pulang ke rumah di Sri Kembangan.

“Buat masa ini, doktor perlu menstabilkan Azreen kerana tahap potassium dalam badannya rendah.

“Selain itu, dia juga mengalami kegagalan buah pinggang. Doktor memberitahu apa-apa pun boleh berlaku sekarang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Walaupun kritikal, Azreen masih boleh bercakap dan mengenali orang sekeliling.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah mendapatkan rawatan di hospital selama sebulan dan juga perubatan alternatif.
Azreen dimasukkan semula ke IKN, semalam.

Sementara itu, Azreen pernah berkahwin dengan Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar.

Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 24 dan 21 tahun.

Azreen mengeluarkan album pertamanya pada usia 12 tahun dan mendapat tempat ketiga ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada 1992 di Jepun, semoga Azreen cepat sembuh dan terus kuat.