Apa salah Hery dibak4r kej4m 8Gambar

Kuantan : Apa salah Hery dibak4r kej4m 8Gambar Apa yang berlaku kepada M Suhairi A Wahab, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Hery sungguh kej4m dan tidak berperikemanusiaan.

Itu nasib menimpa pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan terbakar pada bahagian badan selain beberapa kesan kecederaan di muka dan kepala dipercayai dibunuh.

Apa yang berlaku mengejutkan rakan-rakan dan insan-insan yang mengenali hery mereka seseolah tidak percaya apa yang berlaku Hary diperlakukan sedemikian rupa.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa ditemui di bilik tidur utama di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3 Perumahan Pandah Indah, Kuantan semalam, selepas berlaku kebakaran di bilik tidurnya itu.

“Kita terima maklumat daripada pihak bomba mengatakan ada kebakaran sebelum anggota kita ke sana dan menemui mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui di atas tilam dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan badan selain kesan terbakar di bahagian badan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan keterangan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas pihaknya berjaya menahan suspek lelaki yang juga rakan serumah mangsa berumur 34 tahun.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat yang dilakukan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, bagi mengetahui punca kematian mangsa yang berasal dari Kampung Panching, dekat sini.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek juga sedang diperoleh bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci dan mengetahui motif pembunuhan.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, mangsa disahkan meninggal dunia selepas anggota bomba dan penduduk kawasan perumahan itu selesai memadamkan kebakaran sebelum mayat dibawa ke HTAA.

Mohd Zakaria berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, abang mangsa, Amir A Wahab, 48, berkata, adik bongsunya itu sudah empat tahun menyewa di kawasan perumahan berkenaan dan amat rapat dengan ibu mereka.

“Jika ini kes bunuh saya harap mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, HTAA.

Amir berkata, adiknya yang sudah berkhidmat lebih empat tahun di PTG akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panching, di sini, hari ini.

Semoga ibu nya tabah sebak melihat ibu nya yang sudah berumur 73 tahun kehilangan anak tersayang semoga roh Hery tenang disana.Al fatihah.