Ajal selepas konvo .. Meraung mintak tolong Abang maut adik parah tersepit (6Gambar)

Serdang : Muhammad Faiz Azman,23, maut selepas kereta dinaiki bersama adik beradik perempuannya Nurul Azmina Azman,22,  terbabas di jalan susur keluar PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Jalan Seri Kembangan ke Bangi, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.11 pagi membabitkan kemalangan kereta Toyata Avanza yang melanggar pagar jambatan di kawasan itu.

Katanya, insiden itu menyebabkan dua beradik lelaki perempuan itu tersepit dan mengakibatkan Fiaz maut, manakala Azmina adik perempuan mangsa patah kaki.


Seramai sembilan anggota bomba dari Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“€Pasukan bomba menggunakan peralatan RTA (Rescus Tools) bagi menyelamatkan mangsa daripada terus tersepit di dalam kereta itu,” katanya.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis dan Hospital Serdang, mengikut rakan-rakan mangsa arwah Faiz baru lepas Konvo dan menamatkan pengajian nya namun dia pergi buat selamanya maut kemalangan.

Jenazah mangsa di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut sebelum dibawa pulang ke kampung halaman mangsa di Pengkalan Chepa Kelantan. Al fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *