Ajal depan mata ibu .. Angkara lori U turn Wawa maut digilis semasa COD Cheese tart (10Gambar)

Temerloh : Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang membuat pusingan u dilaluan jalan yang lurus dalam kejadian dikampung Awah Temerloh semalam.

Salwa Adnin Mohd Salleh merupakan graduan dari Universiti Malaysia Terengganu ini meninggal dunia ditempat kejadian apbila motosikal mangsa gagal mengelak lori yang membuat pusingan u mengejut disitu .

Motosikal mangsa telah merempuh lori terbabit, apa yang lebih memilukan apabila mangsa terjatuh dia maut digilis lori terbabit bersama motosikal nya kejadian turut dirakam CCTV dari kedai berhampiran.

Semasa kejadian wawa diperjalanan COD Cheese Tart buat pelanggan nya, mengikut info dari rakan-rakan nya ibu nya terut menyaksikan kejadian terbabit di mana ibu nya berada berhampiran tempat kejadian menaiki kereta.

Wawa temui ajal didepan mata ibu diberita kan ibu wawa mengawasi wawa yang menunggang motosikal dengan mengikut nya dengan menaiki kereta tidak disangka ajal anak kesayangan itu didepan mata nya gara-gara kecuaian orang lain.

Pagi kejadian wawa memuat naik moment terakhir di facebook nya yang mana dia begitu teruja dapat menyiapkan tempahan pelanggan nya dan akan dihantar hari tersebut.

Apa yang berlaku turut mengudang pilu pelanggan nya yang dikenali dengan nama Zam Zarifah namanya yang terakhir ditag oleh arwah apabila tempahan nya berjaya disiapkan wawa cuma tunggu untuk penghantaran sahaja.

Kini semua nya tinggal duka Wawa telah pergi buat selamanya, pergi nya gadis yang berpelajaran dan bercita-cita tinggi meluangkan masa selepas habis belajar dan konvo di UMT november lalu dengan berniaga Chesse Tart.

Semoga keluarga wawa tabah insan yang sangat baik yang maha esa lebih sayangkan nya semoga roh wawa tenang disana dan pemandu lori yang cuai diambil tindakan. Al fatihah.