Aj4l sikecil motosikal abang rempuh pokok 6gambar

Iskandar Puteri : Aj4l sikecil motosikal abang rempuh pokok 6gambar Kegembiraan Muhammad Izharul Haq 3 tahun menaiki motosikal bersama abang nya bertukar tragedi apabila dia parah tercampak dari motosikal setelah motosikal tersebut merempuh pokok.

Mengikut sumber kedua beradik itu menemani abang ayah nya berniaga dikawasan tersebut dan ketika itulah mereka menunggang motosikal untuk bersiar-siar dikawasan tersebut.

Di laporkan sebelum kejadian tragis itu mereka yang menunggang motosikal dikejar anjing dan ketika itu lah motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh pokok.

Akq tak nak like @ emoji 1k.. Akq cume nak 1k doa sahabat┬▓ fb dan dpt menghadiahkan al-fatihah bwt anak buah akq yg dah pergi ke rahmatullah­čśó.. Dan sorg lg sedang berjuang untk hidup.. Muhammad Huzair al- Hakim yg skrg Berada di ICU… Hospital sultanah aminah JB..

Al-Fatihah 26/03/15-06/03/19
Muhammad Izharul Haq
Insha allah dikebumikan di Bukit Aliff
Masjid Muhajirin Damansara Alif. -Mashita Tamaizu Syita

Dalam pada itu kosmo online melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menemui ajal apabila tercampak daripada motosikal yang ditunggang abangnya setelah melanggar sebatang pokok angsana dalam kejadian di Jalan Sentral 28, Taman Nusa Sentral di sini awal pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Izharul Haq Abdul Mutalib disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dekat sini.

Manakala abangnya, Muhammad Huzair Al-Hakim, 15, cedera parah pada kepala dan kini masih dalam keadaan koma dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzhulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa menaiki motosikal Honda EX5 pada pukul 2 pagi hari yang sama dari Jalan Sentral 28 menuju ke tempat bapa meniaga di Jalan Sentral 27.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, abangnya dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke bahu kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berusia tiga tahun yang duduk di bahagian bakul hadapan motosikal serta abangnya tercampak dan mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Dzhulkhairi berkata, siasatan awal mendapati remaja yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi keledar keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah.