Aj4l bersama motosikal kesayangan 8Gambar

Padawan : Aj4l bersama motosikal kesayangan 8Gambar Seorang anggota tentera maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas sekolah, di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Bratan, di sini pagi ini.

Mangsa, Joharie Safri, 36, meninggal dunia dalam keadaan ngeri dengan badan terkula1 dijalan di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang, selain mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan muka.

Sumber memberitahu, nahas berlaku selepas mangsa gagal mengelak sebuah bas dari arah bertentangan, lalu merempuh bahagian lampu hadapan sebelah kiri bas.

“Akibat daripada impak pelanggaran berkenaan, bahagian bawah kiri bas terbabit hancur dengan motosikal berkuasa tinggi itu terperosok. Mangsa pula dipercayai patah tulang belakang dengan bahagian muka dan badan berada di bawah motosikal terbabit.


“Mangsa meninggal dunia serta merta akibat impak kuat ketika pelanggaran dengan bas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, ketika mengesahkan kejadian berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi tadi dengan mengerahkan sembilan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Siburan.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat, selain turut melaksanakan kerja pembersihan,” katanya.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.40 pagi tadi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. Al fatihah