Air mata ibu Ruzaimi ditanah perkuburan 8gambar

Batu Gajah : Air mata ibu Ruzaimi ditanah perkuburan 8gambar “Mak cik sedih kerana arwah satu-satunya anak lelaki yang ada selepas pemergian abang sulungnya akibat lemas lebih 10 tahun lalu.”

Itu luahan Jeleha Awang, 70, ketika ditemui selepas urusan pengebumian anaknya Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, di sini, hari ini.

Mohd Ruzaimi, 39, yang bekerja sebagai juruteknik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) yang parah selepas kereta unit kejuruteraan MAHB dipandunya dirempuh sebuah pesawat swasta di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS) kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh, jam 6.45 petang semalam.

Jeleha berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu sebulan lalu.
“Arwah anak kedua daripada tiga adik-beradik. Selepas kematian abang sulung, arwah pula pergi meninggalkan kami. Sekarang, anak yang bongsu (iaitu) anak perempuan saja yang tinggal,” katanya.

Beliau mengakui terkejut ketika dimaklumkan kejadian itu namun reda dengan ketentuan Allah SWT.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Masjid Toh Puan Besar Hatijah, di sini, apabila jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah dari Hospital Sungai Buloh tiba pada jam 5 petang untuk sembahyangkan.

Jenazah kemudian selamat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan pada jam 5.45 petang dengan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat.

Bapa saudara Mohd Ruzaimi, Roslan Latiff, 58, mewakili keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam urusan pengebumian dan hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Isteri Allahyarham, Nor Azawiah Md Usuf, bagaimanapun dihalang ketat oleh kakitangan MAHB daripada ditemui pemberita.

Mohd Ruzaimi Iskandar, 39, yang meninggal dunia kira-kira 6.45 petang semalam akibat kecederaan parah dalam kemalangan Isnin lalu dikebumikan kira-kira 5.45 petang.

Kira-kira 300 anggota keluarga dan rakan Allahyarham menghadiri pengebumian itu walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas.

Terdahulu jenazah Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar disembahyangkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah di sini sejurus tiba dari Hospital Sungai Buloh, selepas selesai proses bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara satu hingga 13 tahun.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Jeleha Awang, 70, ketika ditemui pemberita berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak kedua daripada tiga beradik itu kira-kira sebulan yang lalu.

“Walaupun mak cik sedih dan terkejut dengan pemergiannya, namun mak cik reda dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.

Sepuluh tahun yang lalu, makcik kehilangan anak sulung lelaki akibat lemas dan makcik kehilangan seorang lagi anak lelaki. Jadi, sekarang ini makcik hanya tinggal anak bongsu perempuan sahaja,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata Mohd Ruzaimi Iskandar ialah seorang pekerja yang berdedikasi dan sentiasa komited dalam apa jua tugasan.

Menyifatkan kematian Mohd Ruzaimi Iskandar sebagai satu kehilangan besar buat MAHB, pihaknya berjanji memberi sokongan penuh terhadap keluarga mangsa, termasuk membantu urusan pengebumian dan kebajikan keluarga.Al fatihah.