Aiman terbujur dijalan Y15 rempuh kereta 6gambar

Tumpat : Aiman terbujur dijalan Y15 rempuh kereta 6gambar Kegembiraan seorang pelajar yang akan menduduki Spm tahun ini menunggang motosikal Yamaha Y15 kesayangan bertukar tragedi apabila diri nya meninggal dunia bila terlibat dalam kemalangan malam tadi.

Pelajar tingkatan Lima itu maut selepas motosikal yamah Y15 yang ditungganginya merempuh kereta di Chabang Empat, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian 10.15 malam, mangsa, Nur Aiman Hakim Khairul Anuar, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pengkalan Kubor ingin pulang ke rumahnya di Kampung Delima, Wakaf Bharu.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta memberikan isyarat untuk membelok ke kanan sebelum menghentikan kenderaannya.

“Semasa ingin membelok, mangsa yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa yang parah pada kepala serta patah tangan kiri meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta berusia 16 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Salam takziah…Al fatihah … Duo pupu excident cabe 4 ..
Semoga tabah Nurr Hisyam II dan keluarga dlm menghadapi ujian ini.

Al fatihah buat Adik Nur Aiman Hakim ,Arwah Kemalangan dicabang 4..dekat pintu gerbang pas..brhampiran skolah arab…kejadian kol 10 mlm tadi..Semoga Arwah adik Aiman ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman.-IRDK

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu”. Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah -Muhammad ZiqRiey

Alfatihah Nur Aiman . Semoga ditemptakan dalam golongan beriman . Sedih & terkejut dgn pemergian arwah ..Semoga tenang disana -Dalilah Aisyah

Apa yang berlaku mengudang pilu memandangkan arwah amat dikenali dan rapat dengan kawan-kawannya, semoga keluarga nya tabah. Al fatihah.