Afiq m4ut dirempuh motosikal lawan arus 8Gambar

Dungun : Afiq m4ut dirempuh motosikal lawan arus 8Gambar Sebak pilu apa yang berlaku kepada Mohd Afiq Luqman Mahmad Azan, 22, akibat penunggang motosikal lain menunggang lawan arus dia menjadi mangsa dan temui ajal apabila motosikal nya dirempuh motosikal terbabit.

Dalam kejadian pukul 9 malam membabitkan 3 buah mostosikal berhampiran Sekolah Kebangsaan Batu 29 itu itu Afiq beralamat dari Jalan Taman Bersekutu, Dungun, m4ut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Permaisuri, malam tadi.

Apa yang paling memilukan Afiq sudah 3 tahun berturut-turut terlibat dalam kemalangan dengan motosikal yang sama dan dalam kemalangan sebelum ini dia terlantar beberapa bulan akibat kecederaan impak kemalangan foto-foto kemalangan tersebut dimuat naik dilaman instagram miliknya.

Tidak disangka kemalangan malam tadi di tahun 2018 adalah kemalangan 4 membabit Afiq yang mana dalam kemalangan ngeri malam tadi Afiq dijemput ilahi impak kemalangan apabila motosikalnya dirempuh motosikal lain yang lawan arus.

Ketua Polis daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC, Md Salman Abdullah, 18, dari Kampung Langkap, Setiu, yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan koma.

Katanya, penunggang dan pembonceng motosikal Honda Wave masing-masing berusia 20 dan 21 tahun dari Kuala Terengganu yang turut terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera dan dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan.

Zulkifli berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi Mohd Afiq Luqman dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu terlanggar motosikal ditunggangi Md Salman yang melawan arus di bahu jalan lorong menghala arah Kuala Terengganu.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal ditunggangi Mohd Afiq Luqman terseret ke lorong bertentangan sebelum dilanggar motosikal Honda Wave yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

“Ketika kejadian keadaan jalan basah kerana hujan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Semoga keluarga Afiq dan tunang nya tabah dikhabar kan Afiq telah bertunang dengan pasangan bulan march 2018 semoga rohnya tenang disana.Al fatihah