Adik fareez pergi jua .. setelah bertarung nyawa akibat keracunan selepas memakan juadah yang di beli dibazar ? (6Gambar)

Manjung : Bertabah lah ibu dan ayah menjelang syawal anak tersayang pergi dijemput ilahi setelah keracunan makanan, anak kepada pasangan guru yang dikenali dengan nama Cikgu Rizowan dan isteri nya Cikgu Masalmah ini meninggal dunia setelah bertarung nyawa di ICU.

Satu kenyataan tular di media sosial mendakwa adik Zulfareez bersama dua kakaknya dan seorang adiknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSM akibat keracunan makanan.

Kenyataan itu menyebut “mangsa keracunan makanan sampai masuk ICU Hospital Manjung dan telah pun meninggal dunia. 2 orang lagi kakak dan seorang adiknya juga dimasukkan ke wad kecemasan di hospital yang sama akibat keracunan makanan.

“Mohon jasa baik peniaga agar jangan pentingkan diri dan keuntungan semata2.

“Perginya adik ni di bulan mulia. Syurga buatmu adik Zulfareez dan takziah buat seluruh keluarganya.”

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala tiga lagi ahli keluarganya dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM), dipercayai akibat keracunan makanan.

Mangsa, 11, meninggal dunia akibat komplikasi ketika menerima rawatan di HSM, semalam manakala tiga ahli keluarganya kini dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya menerima laporan kejadian keracunan makanan membabitkan tujuh sekeluarga di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar, pada Sabtu lalu.

“Gejala dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, serta seorang mengalami sawan, bermula antara 1 hingga 5 pagi pada Jumaat lalu.

“Mereka mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada hari berkenaan.

“Empat kes (orang) kemudian dimasukkan ke HSM untuk rawatan lanjut, sebelum seorang daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, malam ini.

Dr Ding berkata, siasatan dan verifikasi di fasiliti kesihatan di sekitar lokasi gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu, dan bazar Ramadan di Titi Gantung mendapati tiada peningkatan kejadian kes ‘Acute Gastroenteritis’ dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei lalu hingga sekarang.

Justeru, katanya, kejadian itu adalah kes terpencil dan hanya membabitkan keluarga terbabit sahaja, namun pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kejadian. Al fatihah.