Abi tunggu sayang disyurga ajal bakal pengantin 6gambar

Nilai : Abi tunggu sayang disyurga ajal bakal pengantin 6gambar Perjalanan seorang lelaki dari kampung nya di Jeram Selangor ke tempat kerja nya di Johor Bahru berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat kemalangan diperjalanan itu.

Mangsa yang merupakan operator kren maut apabila motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 280.4, Lebuhraya PLUS, arah selatan, berhampiran Plaza Tol Nilai, semalam.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Mohammad Rizal Mazlan, 25, menunggang Naza Blade 250 bersendirian.

Apa yang berlaku mengudang pilu tunang arwah Dayang Siti Sharmila yang tidak sangka apa yang menimpa tunang nya.

Mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin, arwah juga pernah merancang untuk menetap dikampung nya di Jeram Selangor selepas mereka diijabkabulkan nanti setelah lama berkerja ditempat orang jauh dari keluarganya.

Namun segala hasrat dan keinginan arwah yang dirancang bersama tunang nya tidak kesampaian bila arwah dijemput ilahi diperjalanan ketempat kerja di Johor Bahru.

Sayu luahan tunang arwah ” Sayang Tunggu abi siap mandi kat luar ni.. Lepas tu kita balik kampung sesama ye abi.. Dah janji nak balik kampung sesama, sayang teman abi ye..tapi kita balik sesama ngn mak ayah mommy sama babah dgn Kwn2 lain, semuanya mengiringi abi.

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

Bismillah.. Assalamualaikum Abi, syg hati tak kuat tapi Cuba juga gagah kan diri.. Harini abi pergi tinggalkan syg, aqil ngn izaz serta keluarga kita.. Sebulan abi planning nak pindah selangor duduk ngn mak dekat ngn ayah Di kampung.. Sayang tak pernah larang sbb abi lama duduk berjauhan dengan keluarga.. Sayang akur, abi juga selalu kata esok2 kita dah nikah sayang pindah ikot abi balik selangor, ya’allah tak sabar rasanya saat tu.. Tapi segala angan2 impian kita sayang simpan b. Sbb abi pergi dulu tinggalkan sayang.. Ya’allah, engkau maha mengetahui isi hati aku.. Sesungguhnya Cinta tiada ganti, dia Cinta hatiku pergi buat selamanya.. Berjurai airmata tiada henti sakitnya abi sakitnya syg..sekian Lama sayang tunggu abi utk disatukan (ijabkabul) tapi Allah beri ujian buat kita lagi, kita tempuh pelbagai ujian sepanjang kita Kenal Sampai kita tunang, harini Allah ambil abi dari sayang.. Allah lebih sayangkan abi.. Menaggis aqil b.. Dengar abah dia tiada ”

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, lelaki itu dari rumahnya di Jalan Hj Ibrahim, Jeram, Selangor menuju ke Johor Bahru.

Setibanya di lokasi, motosikal itu hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Mangsa tercampak dan maut di lokasi kejadian. Pihak kami menerima panggilan orang awam mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi,” katanya.

Mohd Nor Marzukee berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, dan dibedah siasat hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga tunang arwah dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku hanya jasad nya akan kembali kekampung kelahiran nya untuk disemadikan.Al fatihah.