Abang pergi dulu sayang 6gambar

Gua Musang : Abang pergi dulu sayang 6gambar Farhan seorang insan yang sangat baik tidak disangka dia pergi dijemput ilahi begitu cepat kata insan-insan yang mengenali arwah.

Akhbar kosmo online melaporakan seorang Penolong Pegawai Ladang Felda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 49, Jalan Gua Musang-Kelantan, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam, mangsa, Ahmad Noor Farhan Mohd. Noor, 32, yang beralamat di Felda Chiku 1 memandu kereta Honda Civic mengalami kecederaan parah akibat tersepit meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.

Manakala, pemandu SUV jenis Toyota Harrier, Arizan Ismail, 50, yang bekerja sebagai guru mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pemandu kereta Honda Civic itu dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dipercayai akibat gagal memotong kenderaan lain di hadapannya, sebelum bertembung dengan sebuah SUV dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit dalam kenderaannya dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Bagaimanapun mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arwah meninggalkan isteri dan anak semoga keluarga nya tabah, tiada lagi insan yang bergelar suami dan ayah disisi keluarga ini. Al fatihah.Farhan seorang insan yang sangat baik tidak disangka dia pergi dijemput ilahi begitu cepat kata insan-insan yang mengenali arwah.

Akhbar kosmo online melaporakan seorang Penolong Pegawai Ladang Felda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 49, Jalan Gua Musang-Kelantan, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam, mangsa, Ahmad Noor Farhan Mohd. Noor, 32, yang beralamat di Felda Chiku 1 memandu kereta Honda Civic mengalami kecederaan parah akibat tersepit meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.

Manakala, pemandu SUV jenis Toyota Harrier, Arizan Ismail, 50, yang bekerja sebagai guru mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pemandu kereta Honda Civic itu dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dipercayai akibat gagal memotong kenderaan lain di hadapannya, sebelum bertembung dengan sebuah SUV dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit dalam kenderaannya dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Bagaimanapun mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arwah meninggalkan isteri dan anak semoga keluarga nya tabah, tiada lagi insan yang bergelar suami dan ayah disisi keluarga ini. Al fatihah.